PAS minta kerajaan negeri Pulau Pinang lantik ‘ahli dalam bidang agama’

SHAH ALAM, 14 Safar 1439H, Jumaat – Kerajaan negeri Pulau Pinang diingatkan untuk mempertimbangkan calon yang benar-benar sesuai untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Pulau Pinang (MAIPP) baharu.

“Kita harap (pelantikan calon) itu tidak membimbangkan banyak pihak. Jika awal-awal lagi sudah membimbangkan banyak pihak, maka pihak terbabit kena menilai,” tegas Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff.

Beliau mengingatkan kepada kerajaan negeri agar calon yang dilantik perlulah seorang yang ‘ahli dalam bidang agama’.

“(Dia) mesti menjalankan tanggungjawab, maknanya kalau boleh dia (calon) orang yang ‘ahli’ dalam bidang tersebut,” katanya yang dipetik daripada Antarapos mengulas mengenai bantah man Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) terhadap cadangan kerajaan negeri melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Saifuddin dilihat oleh PAS sebagai calon yang tidak layak untuk jawatan itu kerana tidak mempunyai latar belakang agama.

Sementara itu, terdapat jangkaan bahawa Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa akan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP.

The post PAS minta kerajaan negeri Pulau Pinang lantik ‘ahli dalam bidang agama’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian