Polis Perlis buru 56 penjenayah dikehendaki

KANGAR, 24 Safar 1439H, Isnin – Polis Perlis sedang mengesan 56 individu dikehendaki termasuk seorang wanita membabitkan pelbagai kes jenayah di negeri itu sejak 1999.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Azahar Muda berkata, seorang dikehendaki melibatkan kes bunuh, cubaan bunuh (tiga orang), keganasan seksual (seorang), samun (dua orang), kekerasan (15 orang), harta benda (14 orang), rogol (tujuh orang), lari daripada pengawasan polis (enam orang), perjudian (empat orang) serta lari daripada sekatan dan pemeriksaan polis (tiga orang).

“Semua individu terbabit adalah warga tempatan berumur 17 hingga 67 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat enam individu paling dikehendaki iaitu Chang Chong Weng, 54, beralamat terakhir di Nombor 11, Lebuh Queen, George Town di Pulau Pinang, yang terlibat dengan kes bunuh di Kangar pada 2001.

Selain itu katanya, Khazali Abdullah, 54, beralamat terakhir di Nombor 36, Jalan Maju 7, Taman Kemajuan di sini dan Muhammad Rizal Ismail, 27, beralamat terakhir di Nombor 510 MK 8 Permatang Rawa, Bukit Mertajam di Pulau Pinang dikehendaki bagi kes cubaan bunuh seorang Pegawai Kastam di Padang Besar pada 2015.

Turut dikehendaki Ahmad Farid Nordin, 29, beralamat terakhir di Kampung Alor Tampang, Beseri dekat sini, bagi kes cubaan membunuh dengan merempuh anggota polis yang bertugas ketika operasi di Jalan Panggas Chuping, Padang Besar tahun ini, katanya.

Azahar berkata, dua lagi individu paling dikehendaki membabitkan kes samun di Kuala Perlis pada 2016 dan Arau pada 2007, dikenali sebagai Muhammad Huzaeri Hussen, 26, beralamat terakhir di Nombor 10, Jalan Solok, Kampung Padang Lalang, Tangkak di Johor dan Muhammad Shahrul Vadivel Abdullah, 40, beralamat terakhir di Nombor 05-08, Rumah Pangsa Serantau Baru, Jalan Datuk Jaafar, Johor Bharu.

Beliau berkata, pihaknya percaya semua individu itu masih berada dalam negara atau di negara jiran berhampiran, Thailand.

“Pihak kami turut bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan individu-individu ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu berkenaan boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di talian 019-6610867, IPD Padang Besar di talian 019-9978700 dan IPD Arau di talian 012-4336002, katanya. -Bernama

 

The post Polis Perlis buru 56 penjenayah dikehendaki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian