Rasuah: 11 putera raja Arab Saudi, empat menteri antara yang ditahan

Putera Alwaleed bin Talal dilaporkan turut ditahan.

RIYADH, 17 Safar 1439H, Isnin – Sebelas putera raja, empat menteri dan beberapa bekas menteri ditangkap dalam langkah Kerajaan Arab Saudi membasmi rasuah diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kelmarin.

Penangkapan itu disiarkan menerusi rangkaian stesen televisyen Arab Saudi, Al Arabiya.

Sumber memberitahu jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal adalah antara yang ditangkap.

Jawatankuasa membasmi rasuah dilaporkan membuka semula fail mengenai banjir di Jeddah pada 2009 serta siasatan ke atas isu virus Corona yang juga dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Menurut perintah dikeluarkan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, jawatankuasa ketuai Putera Mahkota Mohammed, turut dianggotai Pengerusi Suruhanjaya Pengawasan dan Penyelidikan; Pengerusi Lembaga Anti Rasuah Kebangsaan, Ketua Biro Audit Awam, Peguam Negara dan Ketua Keselamatan Arab Saudi.

Jawatankuasa itu mempunyai hak untuk menyiasat, menangkap, mengenakan larangan keluar negara, membekukan akaun dan aset, mana-mana pihak yang terbabit dalam rasuah.

Sementara itu, Peguam Negara, Sheikh Saud bin Abdullah bin Mubarak Al-Mujeb berkata, mereka yang ditahan tidak akan menerima layanan istimewa berdasarkan kedudukan mereka.

“Suspek diberi hak yang sama seperti rakyat Arab Saudi yang lain. Kedudukan mereka tidak akan mempengaruhi keadilan,” katanya. – Agensi

The post Rasuah: 11 putera raja Arab Saudi, empat menteri antara yang ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian