Tak pelik wajibkan penceramah ada tauliah, kata Jamil Khir

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Peraturan supaya setiap penceramah wajib mempunyai tauliah mengajar bukan perkara pelik atau luar biasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, Singapura dan Brunei turut melaksanakan peraturan itu, yang mana menjadi kesalahan jika mengajar tanpa tauliah.

Katanya, peraturan itu bertujuan menjaga ketenteraman awam dan mengelak ajaran sesat yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dalam konteks Malaysia, tauliah mengajar ialah hak dan peraturan negeri. Saya percaya jabatan agama Islam negeri, majlis agama Islam negeri atau jabatan mufti negeri terbuka dalam permohonan tauliah mengajar. Cuma kena mohon,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang mempersoal keperluan memohon tauliah mengajar susulan penahanan aktivis liberal, Mustafa Akyol dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin baru-baru ini.

Mengulas lanjut Jamil berkata, semua penceramah diwajibkan memohon tauliah mengajar di negeri berkenaan, selaras peruntukan 1, Jadual 9 , Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi sesetengah negeri, pihak berkuasa boleh memberi had tempoh tertentu untuk tauliah mengajar seperti yang dimohon penganjur atau penceramah, jika mereka memenuhi syarat ditetapkan negeri masing-masing,” katanya.

The post Tak pelik wajibkan penceramah ada tauliah, kata Jamil Khir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian