Bengkel Pengukuhan Organisasi Isma Ireland Asah Kepimpinan Mahasiswa

Dublin, 27 Jan- Jawatankuasa Isma Ireland hari ini telah berjaya menganjurkan bengkel pemantapan organisasi Isma Ireland bertempat di Malaysia Hall, Dublin.

Bengkel yang telah dimulakan dengan ucapan dari Ketua Perhubungan Isma Ireland itu telah dijalankan bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pimpinan Isma Ireland yang mampu menggerakkan agenda dakwah dan tarbiyah di Ireland.

Pengarah program, saudara Mohamad Asraff yang sempat ditemubual Media Isma Eropah berkata, “program ini menunjukkan Isma Ireland mempunyai aktiviti dan program lebih daripada sekadar usrah, termasuk mencakupi bidang ‘soft skills’ yang sangat diperlukan oleh mahasiswa hari ini.”

Tambah beliau, “agenda dakwah dan tarbiyah hari ini memerlukan seorang pemuda yang lengkap dengan kemahiran kepimpinan kerana kita ingin melahirkan generasi bukan sekadar naqib dan naqibah malah pemimpin kepada kebangkitan Islam pada suatu hari nanti.”

Ketua Perhubungan Isma Ireland, saudara Hazreen Ismail menegaskan, “bengkel pemantapan organisasi ini penting untuk memastikan Isma Ireland terus memimpin cara fikir dan aktivisme para mahasiswa di Ireland.”

Program ini juga turut disusuli dengan bengkel media dan komunikasi yang telah disampaikan oleh Ketua Biro Media dan Komunikasi Isma UK-Eire, saudara Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman.

Biro Media dan Komunikasi Isma UK-Eire

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?