ismakualaterengganu

Pakatan Harapan muktamadkan agihan kerusi DUN Johor

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Mesyuarat Pakatan Harapan Johor berjaya memuktamadkan pengagihan 56 kerusi D...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Mesyuarat Pakatan Harapan Johor berjaya memuktamadkan pengagihan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, hari ini.

Hasil mensyuarat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendominasi dengan bertanding 18 kerusi DUN Johor, diikuti DAP (14 kerusi) dan PKR serta Parti Amanah Negara (PAN) masing-masing 12 kerusi.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pembahagian kerusi DUN negeri itu akan memberi peluang kepada jentera parti komponen untuk membuat persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pecahan kerusi-kerusi itu akan dimaklumkan kemudian. Kita harap parti-parti Pakatan Harapan di Johor akan dapat menumpukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan yang lebih terperinci untuk menghadapi PRU14.

“Isu kerusi telah selesai. Tak kira diperuntukkan kerusi mana, namun jentera perlu lebih semangat dan bekerjasama atas nama pakatan harapan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, beliau yakin Pakatan Harapan mampu menawan hati pengundi di Johor, dengan banyak perkara yang telah diputuskan gabungan itu, bukan sahaja di peringkat negeri, bahkan nasional.

“Antaranya seperti akan membentangkan manifesto nasional yang merangkumi semua perkara pokok untuk menarik perhatian pengundi negara termasuk Johor.

“Kita juga mempunyai tawaran khusus untuk rakyat di Johor,” katanya.

Isu pembahagian kerusi di Johor pernah menjadi pertikaian parti komponen Pakatan Harapan, PAN yang tidak berpuas hati kerana hanya diperuntukkan dua kerusi Parlimen sahaja, walaupun meminta lima kerusi.

Malah, PAN juga pernah bertegas menuntut 14 kerusi DUN di negeri itu, kerana menganggap jumlah 56 kerusi perlu diagihkan sama adil kepada empat parti dalam Pakatan Harapan.

The post Pakatan Harapan muktamadkan agihan kerusi DUN Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8753133572215363363

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item