Anak muda sudah meluat politik dendam kesumat orang tua

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin – “Anak muda sudah meluat dengan politik negara. Didominasi aktor yang sama. Hanya bertukar wajah. Tiada perubahan baharu,” ujar Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussin.

Bimbang jika corak politik ketika ini berlarutan sehingga selepas pilihan raya akan datang, beliau berkata, masa depan generasi muda pasti hancur.

“Tengoklah pemimpin sekarang, kejap baik kejap bergaduh. Macam budak kecil. Apa yang mereka lakukan lebih kepada politik dendam kesumat orang tua,” katanya.

Justeru, beliau akan menggerakkan Pemuda Isma untuk bersama dengan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) untuk mencari maklumat dan mengeluarkan rating pemimpin sedia ada, termasuk calon PRU14 akan datang.

“Kita tidak mahu rakyat tersalah memilih pemimpin. Dengan GPS, kita harap rakyat bijak menilai pemimpin mana yang layak untuk dipilih, malah memudahkan mereka membuat keputusan,” katanya.

GPS adalah gerakan baharu yang ditubuhkan Isma menerusi Biro Gerakan Massa untuk membawa suara generasi baharu dalam menghadapi kekalutan politik ketika ini.

GPS juga akan menjadi penunjuk arah kepada rakyat bagi memilih pemimpin muslim berwibawa dan berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Anak muda perlu sedar mengenai ancaman yang nyata terhadap agama dan bangsa, bukan khayalan. Pertembungan antara yang mahukan Islam dan yang sebaliknya.”

“Anak muda perlu sedar akan kuasa yang kita ada, kerana kitalah yang menentukan siapa yang akan memimpin negara ini,” katanya

The post Anak muda sudah meluat politik dendam kesumat orang tua appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian