Gaji Presiden Tanzania hanya $4,008 sebulan

DAR ES SALAAM (TANZANIA), 14 Muharram 1439H, Rabu – Presiden Tanzania, John Magufuli mendedahkan bahawa gajinya hanya $4,008 sebulan.

Beliau yang memenangi jawatan presiden negara di timur Afrika itu sejak tahun 2015, memberitahu perkara tersebut dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di satu stesen televisyen negara itu.

“Gaji saya 9 juta (Syiling Tanzania). Saya tak pernah tambah gaji saya dan tak akan menambahnya.

“Ini kerana tanggungjawab saya bekerja untuk rakyat. Rakyat sudah pasrah apabila wang mereka dicuri,” katanya yang mendapat gelaran ‘Bulldozer’ berdasarkan tugasnya membuat jalan raya ketika menjadi menteri sebelum ini.

Pensyarah Universiti Dar Es Salaam, Detrick Kaijanangoma menyambut baik pengumuman itu dan menyifatkannya sebagai satu tindakan tepat.

“Inilah ketelusan dan satu contoh kepimpinan melalui tauladan. Presiden sebelum ini tidak pernah memberitahu berapa gajinya,” kata Kaijanangoma kepada Al Jazeera.

Dilaporkan pendapatan Magufuli itu hanya satu pertiga daripada pendapatan bekas presiden, Jakaya Kikwete yang memerintah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah rakyat Tanzania berpandangan bahawa gaji presiden masih terlalu tinggi walaupun ia lebih rendah daripada gaji Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta dan Presiden Uganda, Yoweri Museveni.

“Presiden dapat pelbagai kelebihan daripada kerajaan. Yuran sekolah anak, rumah percuma, kereta percuma. Jika dia sangka gajinya kecil atau tidak cukup, maka dia salah,” kata pemandu teksi, Deodatus kepada Al Jazeera. – Agensi

The post Gaji Presiden Tanzania hanya $4,008 sebulan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian