ISMA Cardiff teguh Membina Generasi Hadapan

 

 

Cardiff, 7 Oct 2017- Seramai 34 ahli Ikatan Muslimin Malaysia UK-Eire, cawangan Cardiff, telah hadir ke Syura’ Umum sesi 2017/2018. Pertemuan yang diadakan pada awal setiap permulaan tahun pengajian ini sentiasa diteruskan untuk mengumpulkan semua ahli bagi meneliti segala aktiviti yang telah dilaksanakan pada taqwim yang lepas dan jugak merancang aktiviti dakwah untuk tempoh yang ke hadapan.

Pada pertemuan dalam sesi ini, para ahli diseru untuk lebih proaktif dalam mencari ruang dan peluang untuk sama-sama menggerakkan organisasi supaya setiap aktiviti yang dijalankan bukan semata idea pimpinan utama, tetapi juga hasil daripada pandangan dan pemerhatian setiap ahli itu sendiri. Menurut Saiful Karim, hal ini bertepatan dengan tema “Membina Generasi Hadapan” yang mana mengajak setiap ahli ISMA untuk sentiasa memikirkan kepentingan memahami dan menggerakkan aktiviti dakwah dan tarbiyah bersama dengan masyarakat sekitar. Tambahan beliau, komitmen dan keyakinan ahli dalam organisasi amat penting bagi memastikan keberlansungan setiap aktiviti yang dirancangkan dan bakal menjadikan mereka semua pewaris kepada gerak kerja dakwah ini pada masa akan datang.

Pengerusi ISMA UK-Eire, Dr Azizi Rosli yang turut hadir dalam Syura’ ini juga menasihatkan kepada setiap ahli supaya mengenangkan bahawa ahli-ahli dalam organisasi ini melaksanakan kerja dakwah adalah semata-mata tanggungjawab daripada Allah SWT. “Seperti mana kita merasakan kewajipan menunaikan solat lima waktu, seperti itu jugak kita perlu rasa kewajipan tugas melakukan kerja-kerja dakwah” ujar Dr Azizi Rosli.

Diharapkan Syura’ Umum ISMA Cardiff bagi sesi 2017-2018 ini dapat menaikkan semula semangat para ahli untuk terus memimpin para pelajar yang lain kepada aktiviti yang sarat dengan tuntutan Islam disamping memastikan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan akademik terus diutamakan.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian