Isma lancar GPS bawa suara generasi baharu

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana melancarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) untuk membawa suara generasi baharu dalam menghadapi kekalutan politik ketika ini.

Menerusi Biro Gerakan Massa Isma, GPS sebagai badan bebas yang tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik akan menampilkan kehendak dan suara anak muda.

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, GPS akan menjadi titik tolak dan landasan yang besar untuk mengubah masa depan bangsa dan negara.

“Kita perlu generasi baru yang memahami kuasa mereka untuk menunjukkan jalan yang betul bagi kemaslahatan semua.

“Jadi GPS akan menjadi kuasa keramat mengubah masa depan politik negara. GPS akan merangkul keseluruhan suara anak muda dan generasi baru yang berfikiran bebas dan merdeka.

“Kita mahu GPS dijadikan wadah untuk mengungkap keinganan mereka. Yang penting generasi hari ini tidak akan menyerahkan nasib mereka kepada pemimpin sekarang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ustaz Abdullah berkata demikian dalam ucapan perasmian GPS hari ini di Hotel Marriot Putrajaya.

GPS menggunakan simbol burung melambangkan kebebasan, yang mana tidak terikat dengan mana-mana parti, ia juga adalah tapak tangan melambangkan kuasa pengundi.

Penubuhan GPS adalah keseinambungan Arus Baru yang pernah dilancarkan pada PRU13 yang lepas.

The post Isma lancar GPS bawa suara generasi baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian