Isu solat Jumaat tak sah: Khatib jemputan mohon maaf

BANGI, 10 Muharram 1439H, Ahad – Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth Abdullah, tampil memohon maaf di atas kesilapannya membaca khutbah Jumaat, sehingga solat itu diputuskan tidak sah.

Mengikut kenyataan Mufti Pulau Pinang, solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa pada 11 Ogos lalu, tidak sah mengikut hukum syarak kerana tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al Syafie.

Protege pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik itu mengakui menjadi khatib membaca khutbah Jumaat di masjid itu adalah yang pertama kali dalam hidupnya.

“Berhubung dengan isu teks kutbah saya akui ada berlaku kesilapan dan saya akui itu adalah kesalahan dari diri saya.Untuk makluman semua disebabkan saya dalam keadaan yang agak gugup dan cemas saya tertinggal beberapa perkara ketika membaca kutbah tersebut dan memohon maaf kepada semua jemaah yang hadir dan juga saya memohon keampunan dari Allah SWT.

“Saya juga sambut baik semua kritikan yang membina dan juga kepada semua pihak yang mengutarakan isu ini serta sekaligus telah memberi peluang kepada saya untuk belajar dari kesilapan.

“Sesungguhnya semua manusia tidak sempurna begitu juga saya.saya juga percaya tiada insan yang terlepas dari kesalahan dan kesilapan yang penting kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan memberi satu pengajaran yang baik buat saya agar tidak mengulangi kesilapan tersebut bukankah ia satu penambahbaikan buat diri saya,” katanya dalam satu kenyataan.

The post Isu solat Jumaat tak sah: Khatib jemputan mohon maaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian