Penembak di Las Vegas seorang penjudi tegar

Sumber foto: Today News

LAS VEGAS, 13 Muharram 1439H, Selasa – Stephen Paddock, 64, dilaporkan merupakan seorang penjudi yang tinggal di sebuah kawasan persaraan.

Pegawai perisik berkata, Paddock tidak mempunyai sejarah jenayah yang penting dan menarik perhatian, namun, penyiasat ketika ini sedang menyusun sejarah kewangannya untuk mencari petunjuk yang boleh membantu menentukan apa yang memacu tindakannya.

Butiran tentang kerjaya dan mata pencarian Paddock masih samar selain daripada pemerhatian oleh jiran dan ahli keluarga bahawa dia kuat berjudi dengan sejumlah wang.

“Dia adalah seorang lelaki yang kaya, bermain poker video, yang selalu berlayar dan tinggal di bilik hotel,” kata adiknya, Eric Paddock.

Dalam temu bual dengan CBS, Eric Paddock berkata, abangnya Stephen bukan seorang lelaki yang gemarkan senjata.

“Hakikat bahawa dia mempunyai senjata itu adalah tidak disangka, dari mana dia dapat senjata automatik itu?,” soalnya kebingungan.

Bapa Paddock pula pernah disabitkan pada tahun 1961 kerana melakukan siri rompakan bank dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara, tetapi melarikan diri dari penjara persekutuan La Tuna di Texas pada tahun 1968 dan kemudian menjadi peniaga kereta di Oregon.

Keluarganya juga sering berpindah randah ke seluruh negara, dari Iowa ke Tucson ke Southern California. – Agensi

Bapa Stephen Paddock

The post Penembak di Las Vegas seorang penjudi tegar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian