PM Palestin tiba di Gaza, cipta sejarah kesatuan Hamas-Fatah

SEMENANJUNG GAZA, 12 Muharram 1439H, Isnin – Delegasi Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diketuai Perdana Menteri negara itu, Rami Hamdallah tiba di Semenanjung Gaza hari ini, dalam usaha mengakhiri perpecahan selama sedekad antara Fatah dan Hamas.

Hamdallah dan beberapa menteri kerajaan yang lain tiba di sini bagi mengadakan pertemuan dengan pegawai Hamas serta mesyuarat Kabinet dijadualkan pada esok.

Bercakap dalam satu sidang media, Hamdallah menyifatkan lawatannya itu sebagai detik bersejarah ke arah membentuk perpaduan rakyat Palestin.

“Kita datang dengan arahan Presiden Palestin, Mahmoud Abbad untuk mengumumkan kepada dunia, dari hati bahawa kerajaan Palestin tidak mampu tanpa perpaduan politik dan geografi antara Tebing Barat dan Gaza.

“Kami tahu bahawa satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu adalah melalui perpaduan, juga untuk melindungi sistem politik Palestin,” katanya.

Hamdallah berkata, kerajaan perpaduan negara akan mula menggalas tanggungjawab serta mengambil alih pentadbiran di Gaza minggu ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk menangani pelbagai isu termasuklah lintasan sempadan dan kakitangan PA di Gaza.

Lawatan Hamdallah adalah terkini selepas yang terakhir pada 2015 lalu. Ia susulan daripada rundingan antara Hamas dengan Mesir, yang telah menggesanya mengambil langkah ke arah perdamaian dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Fatah dan Hamas telah berpisah selama sedekad, dengan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Hamdallah juga dijangka melawat kejiranan Shujayea, di mana kawasan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israel semasa konflik 2014 ke atas Gaza.

Lawatan PA itu dipantau oleh beberapa pegawai perisikan Mesir yang tiba di Gaza semalam, diketuai Menteri Perisikan, Khaled Fawzy.- Agensi

The post PM Palestin tiba di Gaza, cipta sejarah kesatuan Hamas-Fatah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian