Rasuah: SPRM akan keluar ranking kementerian

PUTRAJAYA, 21 Muharram 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan ranking kementerian berdasarkan isu rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata, ranking tersebut yang telah siap dan mendapat pengesahan daripada pakar-pakar terlibat, akan diumumkan kepada orang ramai pada November atau Disember ini.

“Ini dibuat supaya setiap kementerian ada ruang untuk berusaha membaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan mereka dalam ranking itu.

“Ranking itu nanti ada senarai 10 kementerian teratas yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), di sini hari ni.

Katanya, ranking itu akan dikeluarkan setiap tahun dan akan diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.

Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai kementerian paling bermasalah, dan berkata hanya akan memaklumkan perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.

Menurutnya, ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana ia telah diamalkan di luar negara antaranya di Korea Selatan.

Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanakan ikrar itu.

“Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Mengulas IBR oleh MPIC, Dzulkifli berkata, setakat ini SPRM tidak menerima banyak aduan mengenai kementerian itu dan termasuk antara kementerian yang tidak berisiko tinggi dari segi isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.- Bernama

The post Rasuah: SPRM akan keluar ranking kementerian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian