Tunai hak sebagai anak walau pun berbeza agama

 

KEPALA BATAS, 28 Muharram 1439 H, Rabu – Sambutan Deepavali tahun ini begitu bermakna buat pemenang Anugerah Saudara Mithali Maal Hijrah Pulau Pinang dan aktivis Islamic Da’wah Centre of Excellence (PEACE), Ustaz Muhammad Syazwan Menon apabila berpeluang meraikan bersama keluarganya walaupun berbeza pegangan agama.

“Setiap kali sambutan Deepavali, saya dan isteri, Norshuhada Shaari serta dua orang anak tidak melepaskan peluang untuk menziarahi kedua-dua ibu bapa bagi bersama-sama mengeratkan ikatan kekeluargaan yang telah sedia terbina,”

“Islam menggariskan seorang anak perlu menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa walaupun berbeza agama. Hak sebagai seorang anak tetap wajib ditunaikan,” tambahnya.

Kegembiraan itu sukar ditafsirkan buat kedua-dua ibu bapa Muhammad Syazwan, Menon A/L Raman dan Letchemy A/P Ponny Nair kerana sambutan Hari Deepavali kali ini luar biasa.

Deepavali tahun ini lebih bermakna apabila Ustaz Syazwan mengadakan majlis tahlil dan doa kesyukuran di rumah mereka di Taman Bertam Indah, semalam. Ini juga bersempena penerimaan Anugerah Saudara Mithali yang diterima ketika Tahun Baru Hijrah yang lalu.

“Majlis dihadiri saudara mara, kenalan terdekatan dari kariah Masjid at-Tawqa dan beberapa ahli ISMA Seberang Perai Utara. Ibu saya menjamu idli, makanan tradisi kami di pagi Deepavali kepada tetamu yang hadir,”

“Saya syukur atas kelancaran majlis tersebut dan mendoakan agar suatu hari nanti, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain turut memilih Islam sebagai agama pilihan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian