2017 tahun terburuk kanak-kanak di zon konflik: UNICEF

UNITED NATION, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyifatkan 2017 sebagai tahun terburuk bagi kanak-kanak yang terperangkap di zon konflik di seluruh dunia.

UNICEF dalam satu laporannya semalam berkata, skala serangan ke atas kanak-kanak di kawasan yang dilanda konflik serta peperangan mencapai tahap mengejutkan pada tahun ini.

Menurut laporan itu, sepanjang tahun 2017, kebanyakan kanak-kanak di zon konflik telah diserang di tempat yang disifatkan selamat termasuk rumah, sekolah, hospital dan taman permainan.

Badan PBB itu berkata, kanak-kanak digunakan sebagai perisai, malah dibunuh, dibuli, diculik, diperkosa dan direkrut oleh militan bersenjata di kawasan konflik seperti Iraq, Syria, Yaman, Sudan Selatan serta Myanmar.

Malah, berjuta-juta kanak-kanak terpaksa menanggung pelbagai penyakit akibat tiada bantuan perubatan termasuk kekurangan zat makanan.

“Apabila serangan ini berterusan tahun demi tahun, kita tidak boleh biarkan. Kekejaman sedemikian tak sepatutnya menjadi suatu yang normal,” kata Pengarah UNICEF, Manuel Fontaine.

Laporan itu berkata, kira-kira 27 juta kanak-kanak di kawasan konflik juga tidak dapat bersekolah.

“UNICEF menyeru semua pihak terlibat konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dengan mensasarkan kanak-kanak termasuk sekolah dan hospital.

“UNICEF juga menyeru negara-negara berpengaruh untuk terlibat sama melindungi kanak-kanak,” katanya.- Agensi

The post 2017 tahun terburuk kanak-kanak di zon konflik: UNICEF appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian