Kem Aida tempat paling terdedah kepada gas pemedih mata

GAZA, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kem pelarian Aida di Tebing Barat yang didiami oleh rakyat Palestin merupakan tempat yang paling terdedah kepada gas pemedih mata yang dilemparkan oleh rejim Israel.

Pusat Hak Asasi Manusia di University of California, Berkeley melaporkan bahawa askar rejim Israel telah menggunakan gas pemedih mata secara meluas dan kerap terhadap pelarian Palestin di kem pelarian Aida berhampiran Bethlehem itu.

Sementara itu, Penyelidik Pusat UC Berkeley, Dr Rohini Haar berkata, penggunaan gas pemedih mata yang berterusan dan tidak terkawal di kem pelarian Palestin akan beri kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal penduduk.

“Gas pemedih mata ini adalah bertujuan untuk menyebabkan mata seseorang menjadi berair dan pedih.

“Namun, kesannya amat berbahaya terutamanya kepada wanita hamil, kanak-kanak, orang tua, dan penduduk yang berpenyakit,” katanya kepada Al Jaazera.

Difahamkan, menurut satu laporan kajian yang dijalankan, sekurang-kurangnya 236 rakyat palestin telah terdedah kepada gas pemedih mata sejak tahun lepas. -Agensi

The post Kem Aida tempat paling terdedah kepada gas pemedih mata appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian