Komentar: China akan menyerang Taiwan?

Komentar

Kerajaan Taiwan sekarang di bawah Tsai Ing Wen sememangnya pro-independent. Kerajaan sekarang merangka polisi look south (polisi luar dalam membina hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara) untuk mengurangkan kebergantungan perdagangan kepada China, dan mungkin sebagai persediaan sekiranya Taiwan mahukan kemerdekaan mutlak.

Beberapa bulan yang lepas, semasa PLA menyambut ulang tahun ke 90, PLA mengadakan eksesais ‘deep insertion’ terhadap bangunan Presiden Taiwan yang berskala 1:1.

Amerika pula akan terus mengunakan Taiwan sebagai alat timbang tara dalam geopolitik di Asia Timur, bagi melawan hegemoni China China.

Kenapa ianya penting?

Tindakan China bagi memastikan Taiwan tidak akan mendapat sebarang kemerdekaan boleh difahami atas 3 sebab:

1. Keluarnya Taiwan dari wilayah kekuasan China ertinya mencabar kedaulatan kuasa China
2. Parti Komunis China akan dilihat lemah dan hilang sokongan khususnya daripada nasionalis China.
3. Hilang Taiwan ertinya China secara atas kertasnya tewas secara geopolitik dengan Amerika Syarikat di Asia Timur

Oleh:

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

COO IRIS INSTITUTE
Sarjana Strategi dan Diplomasi IDFR-UKM

(Artikel asal sudah disiarkan terlebih dahulu di laman web Focuss.my)

The post Komentar: China akan menyerang Taiwan? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?