26 terkorban ribut Tropika Kai-Tak landa Filipina
MANILA, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 26 terkorban dan 23 lagi hilang akibat tanah runtuh yang berlaku selepas ribut Tropika Kai-Tak melanda timur Filipina.
Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian dilaporkan berlaku di Biliran, sehari selepas ribut berkenaan melanda kawasan terbabit.
Pegawai Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Wilayah, Sofronio Dacillo berkata, pihaknya mengesahkan 26 terbunub dan 23 lagi masih hilang akibat tanah runtuh tersebut.
Ribut Kai-Tak dilaporkan semakin lemah setakat petang semalam dengan tiupan angin pada kelajuan 80 kilometer sejam.
Namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan banjir dan tanah runtuh akan berlaku lagi.
Difahamkan, perkhidmatan feri turut digantung di beberapa kawasan menyebabkan lebih 15,000 penumpang terkandas.
Selain itu, 87,000 penduduk telah meninggalkan kediaman ekoran bekalan elektrik terputus di 39 bandar selain kebanyakkan jalan dan jambatan telah rosak dalam bencana berkenaan. -Agensi
The post 26 terkorban ribut Tropika Kai-Tak landa Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan