ismakualaterengganu

AS ugut negara sokong usul kutuk Baitulmaqdis ibu negara Israel

WASHINGTON, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut akan memotong bantuan kepada mana-mana nega...

WASHINGTON, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut akan memotong bantuan kepada mana-mana negara yang mengundi menyokong deraf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keputusan AS mengisytihar Baitilmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bercakap di White House awal hari ini, Trump berkata, AS akan memerhati siapa yang mengundi pada Perhimpunan Agung PBB.

“Mereka mengambil berjuta-juta dolar, malah berbilion dolar dan kemudian mereka mengundi menentang kitai. Kita akan memerhati siapa yang mengundi. Biar mereka mengundi menentang kita. Banyak yang kita jimat. Kita tidak peduli,” kata Trump.

PBB akan mengadakan perhimpunan agung tergempar petang ini bagi mengundi keputusan kontroversi AS. Turki dan Yaman meminta PBB mengadakan perhimpunan tergempar selepas AS menggunakan kuasa veto menolak deraf resolusi dikemukakan Mesir dalam mesyuarat Majlis Keselamatan.

Usul mengutuk keputusan AS itu dijangka diluluskan dengan mudah oleh 193 anggota PBB.

Kenyataan Trump dibuat selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley menghantar surat ugutan kepada anggota PBB menggesa mereka mengundi menentang usul itu. – Agensi

The post AS ugut negara sokong usul kutuk Baitulmaqdis ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6724851335697801964

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item