ismakualaterengganu

Najib digesa bercuti bagi mudahkan siasatan kes Felda ‘hilang’ tanah di Kuala Lumpur

BANGI, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyelur...

BANGI, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas skandal tanah Felda di Jalan Semarak, yang terlepas ke tangan pihak lain.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS, Naraza Muda berkata, warga Felda berpendapat siasatan segera yang menyeluruh perlu dijalankan kerana isu ini membabitkan aset Felda.

“Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyanjung tinggi jika Perdana Menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya.

“Ketokohan Datuk Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalit skandal ini. Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tanah Felda di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak tahun 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Najib melantik bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad – yang dikenakan tindakan tatatertib kerana mengamalkan politik wang dan disingkir daripada Kabinet – menjadi Pengerusi Felda pada 2011 hingga Januari lalu.

Isa juga adalah Pengerusi Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) mulai Januari 2011 hingga Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada Julai 2013. Berikutan beberapa siasatan yang dilakukan terhadap Felda, Isa kemudian meletak jawatan pada Jun lalu.

Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Isa bagi membantu siasatan terhadap pembelian hotel di London pada 2014 hingga 2015 membabitkan FIC dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

Semalam, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui agensi tanah Persekutuan itu ‘hilang’ tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur apabila ia dipindah milik tanpa pengetahuan Felda. Pertukaran hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Isa menjadi Pengerusi Felda.

Mengulas lanjut, Naraza berkata, skandal berangkai ini yang membabitkan beberapa syarikat kelihatan seperti dirancang dengan rapi.

Malah, pendedahan terbaharu ini juga dilihat satu agenda terancang mengenakan seseorang dan menyelamatkan seseorang.

“Lebih menarik pemilik Syarikat Syenergy Promenade adalah pemilik sama syarikat yang disebut mengambil alih tanah Felda iaitu Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)

“Sudah sampai masanya skandal Felda dan Isa Samad ditamatkan. Kenapa perlu kerajaan menunggu kehilangan demi kehilangan aset dan wang Felda terdedah tanpa penyiasatan dari pihak berwajib sendiri. Mustahil Isa Samad keseorangan tanpa penglibatan orang yang lebih besar dalam berpuluh-puluh skandal yang melanda Felda sejak 2011,” katanya.

Felda sahkan hilang tanah RM250 juta di Jalan Semarak

The post Najib digesa bercuti bagi mudahkan siasatan kes Felda ‘hilang’ tanah di Kuala Lumpur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7188526470897265549

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item