Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden rempuhan di Melbourne
BANGI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan yang berlaku di Central Busines District Melbourne, Khamis lalu.
Dalam kejadian pada petang Khamis lepas, seorang pemandu kenderaan jenis SUV merempuh orang awam di laluan pejalan kaki di Flinders dan Elizabeth Streets, salah satu lokasi persimpangan tersibuk di Melbourne.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerusi Konsulat Jeneral di Melbourne sedang memantau perkembangan terkini insiden tersebut.
Kenyataan itu berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Konsulat negara di Melbourne di St Kilda Road 432, Level 1, Melbourne, VIC 3004, Australia.
Pihak Konsulat Malaysia juga boleh dihubungi menerusi talian (+61) 3 9573 5400, email, mwmelbourne@kln.gov.my atau terus ke laman web, http://ift.tt/2kGBgy7.
The post Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden rempuhan di Melbourne appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan