(VIDEO) Maut ditikam kemudian digilis

JOHOR BAHRU, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kedua-duanya kemudian secara tiba-tiba didatangi empat lelaki yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta jenis BMW mereka.

Namun, mangsa dilaporkan melawan dan akibat daripada itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa. Melihat kejadian itu, wanita yang bersama mangsa terus melarikan diri meminta bantuan orang awam.

“Dalam pergelutan itu, mangsa berjaya meloloskan diri namun suspek kemudian naik ke kereta mereka dan membuat pusingan di stesen minyak berkenaan sebelum bertindak melanggar mangsa dan kemudian mengundurkan kenderaan dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Mohd Khalil Kader berkata, berikutan kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Daripada pemeriksaan, polis menemui satu kesan tikaman di dada kiri mangsa.

Menurut beliau, polis kini sedang mengambil keterangan daripada wanita asing berkenaan yang dilaporkan masih trauma akibat kejadian itu.

Motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan mengikuth Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

The post (VIDEO) Maut ditikam kemudian digilis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian