91 kenderaan guna laluan kecemasan akan kena tindakan

JPJ

KUALA LUMPUR, Isnin – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyerahkan notis temu siasat kepada 91 kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan sehingga mengganggu laluan ambulans di Kilometer 228, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Melaka Ahad lalu.

Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk V Valluvan, berkata mereka diberikan tempoh dua minggu ke pejabat JPJ negeri bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Kita sudah kenal pasti semua pemilik dan akan menghantar notis berkenaan ke alamat yang didaftarkan pemilik kenderaan.

“Selepas siasatan dijalankan dan jika didapati pemilik bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya sebagai respon kepada insiden yang melibatkan dua penunggang motosikal maut akibat kelewatan ambulans.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan cedera parah selepas melanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.

Dalam masa yang sama, kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan laluan kecemasan akibat dihalang kenderaan lain telah menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital.

Susulan itu Valluvan berkata, mereka yang bersalah kerana menghalang laluan ambulas itu boleh didenda RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian