Angin kencang, laut bergelora sehingga Selasa

ciricara.com-angin_kencang_di_jakarta

KUALA LUMPUR, Isnin – Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis dan Kedah sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pula dijangka berterusan sehingga awal pagi esok.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ianya berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga Selasa.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada sebarang aktiviti laut termasuk bot-bot kecil. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian