Tun M tak utamakan masa depan politik Mukhriz, tetapi………….

Apa yang diutamakan adalah untuk menggagalkan Najib daripada memusnahkan Malaysia

tunn

Oleh RZ

BANGI, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mementingkan masa depan politik anaknya, Mukhriz, sebaliknya apa yang diutamakan adalah untuk menggagalkan Datuk Seri Najib Razak daripada memusnahkan negara ini.

Mengimbas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) Kedah di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hilang kuasa pentadbiran kepada PAS.

Katanya, pada PRU itu, Mukhriz bertanding kerusi Parlimen dan menang, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri.

“Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah.

“Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya dalam blog beliau, semalam.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, apabila skandal syarikat pelaburan negara yang ditunjangi Najib – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – ‘meletup’, beliau tidak lagi menyokong Najib.

Mukhriz, kata Tun Dr Mahathir, juga tidak menunjukkan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan Mukhriz kritis terhadap penjelasan mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

“Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu, Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

“Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa beliau mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.

“Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

“Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian