Mahkamah beri tempoh Najib failkan pembelaan

Najib-Razak_3391949b

KUALA LUMPUR, Khamis – Mahkamah Tinggi hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memfailkan pembelaan dalam saman berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi.

Hakim, Abu Bakar Jais menetapkan pada 9 Jun ini untuk Najib menfailkan pembelaannya.

Sebelum ini mahkamah memerintahkan Najib menfailkan pembelaan pada 2 Jun.

Peguam, Tan Sri Cecil Abraham mewakili Perdana Menteri manakala peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi Tun Dr Mahathir dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.

Terdahulu, pada 23 Mac lepas satu saman telah difailkan terhadap Najib oleh Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1MDB.

Dakwaan dibuat bahawa Najib dengan sengaja telah menganggu siasatan berkenaan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi miliknya.

Malah, Najib turut didakwa melakukan salah laku itu menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian