PAN Selangor dakwa PAS akan kalah di Sungai Besar

abbas-azmi_amanah_600

Sumber gambar- Watan online

SHAH ALAM, Rabu – Parti Amanah Negara (PAN) Selangor menyifatkan jentera pilihan raya PAS bukan faktor utama untuk parti itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada Jun ini.

Ketua Pemuda PAN negeri, Abbas Azmi berkata, sekuat mana pun jentera PAS, jika ia tidak diterima pengundi, PAS akan kalah juga.

Katanya, tidak seperti jentera PAN walaupun ia sedikit, tetapi ia bukan ukuran. Ini kerana, akhirnya yang akan mengundi dan membuat keputusan ialah pengundi itu sendiri.

Misalnya, pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS tewas di Parlimen Jerai, Kedah walaupun jentera parti itu berjaya menarik ribuan hadirin setiap kali ketika berkempen.

“Kita semua tahu sudah menjadi budaya PAS, setiap kali mereka berkempen atau berceramah, beribu-ribu akan turun mendengar, tetapi mereka kalah juga di Kedah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abbas berkata, PAN Selangor tetap dengan pendirian untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan semua kerusi milik PAS di negeri ini pada PRU akan datang.

“PAN adalah pengganti PAS, jadi semua kerusi PAS di negeri ini akan jadi milik PAN,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?