Sikap tidak profesional Husam sukarkan rayuan kembali pada PAS

851419133_59538_11945517709930693065

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Khamis – Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki menyifatkan sikap tidak profesional bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyukarkan ‘peluang keduanya’ untuk kembali semula kepada parti itu.

Kata beliau, Husam masih mempunyai ruang untuk merayu dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya mahu terus berjuang bersama PAS.

“Pejabat pusat sudah hantar surat kepadanya, tetapi beliau tidak mahu terima surat itu dan kembalikan semula surat berkenaan kepada pejabat Agung.

“Husam perlu profesional, bila beliau dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS, beliau ada ruang untuk merayu jadi beliau tidak boleh berhenti berhubung dengan PAS.

“Bila beliau berhenti berkomunikasi dan tidak mahu terima surat akan menyebabkan komunikasi terhalang,” katanya kepada pemberita pada ceramah perdana Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, di Gombak, semalam.

Malah katanya, Husam yang juga salah seorang anggota Badan Perhubungan PAS Kelantan didakwa tidak mahu hadir dalam sebarang jemputan mesyuarat bagi berbincang perkara tertentu berhubung ketidakpuasan hati.

“Beliau mengaku bahawa beliau mewakili kumpulan profesional, jadi belia kena tunjukkan sikap profesional itu dalam konteks berkomunikasi.

“Setakat yang saya maklum, beliau sendiri tidak mahu berhubung dengan pimpinan pusat dan sudah bina tembok dengannya. Beliau hanya berhubung dengan pimpinan di peringkat kawasannya yang dilihat tiada halangan kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan parti itu.

Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas beliau iaitu memecatnya sebagai ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian