Tun M bertemu wakil rakyat pembangkang bincang isu tolak Najib

image

Sumber foto: SH

PUTRAJAYA, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang di pejabatnya, hari ini, dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri daripada tampuk pemerintahannya.

“Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia, tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pertemuan itu bertujuan mendengar sendiri pandangan wakil rakyat mengenai permasalahan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat.

“Kita ada perjumpaan hari ini dengan wakil rakyat parti-parti lawan, namun mereka tidak mewakili parti mereka kerana mereka tidak mendapat surat tauliah daripada parti mereka.

“Jadi, mereka bebas untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Tujuan saya mengadakan perjumpaan ini untuk mengetahui apa pandangan wakil-wakil rakyat parti lawan dalam masalah yang sedang melanda negara kita ini iaitu masalah cetusan Najib,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari‎; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Turut serta adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian