Bina diri jadi pemimpin dengan berpersatuan

KOTA SAMARAHAN, 28 JANUARI – “Jangan hadkan diri sekadar menuntut ilmu. Carilah organisasi yang baik untuk mengembangkan bakat. Semangat menuntut ilmu kena ada dalam perjuangan menuntut ilmu”, kata Guru Cemerlang Pengajian Am SMK St Joseph, Kuching, Puan Nora binti Sahmat dalam sesi Forum “Kamek Harapan Keluarga” Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2018, semalam.

“Carilah organisasi yang mengajarkan benda baharu yang bermanfaat, melatih diri berkomunikasi dan membentuk ciri-ciri kepimpinan supaya kita menjadi individu yang lebih baik dari semalam”, ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan ibu kepada dua aktivis PEMBINA iaitu Muhammad Thaqif b Taher (UiTM Shah Alam) dan Muhammad Aiman b Tahir (UiTM Samarahan) sangat menggalakkan para mahasiswa membina diri mereka bersama persatuan kerana dengan berpersatuan, sangat banyak manfaat akan diperolehi selain menghindar mahasiswa daripada melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan bermoral.

Slot Forum “Kamek Harapan Keluarga” mengupas bagaimana seorang pelajar lepasan sekolah menengah harus mempunyai kemahiran “survival’ ketika berada di alam universiti untuk mencapai kejayaan dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan, selari dengan hasrat dan harapan ibu bapa yang menggunung.

KLS 2018 Samarahan telah melabuhkan tirai semalam menyaksikan penyertaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh pelusuk Samarahan termasuklah daerah kecil Simunjan.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian