Banjir: Lima sekolah di Kelantan dibuka semula hari ini
BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Lima sekolah yang ditutup akibat banjir di Kelantan pada Selasa lalu, dibuka semula hari ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Zahari Othman berkata, semua sekolah terbabit telah kembali beroperasi selepas banjir di laluan ke sekolah surut semalam.
Bagaimanapun katanya, satu lagi sekolah membabitkan 168 murid dan 20 guru di Kuala Krai masih ditutup hari ini.
“Sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang. Seramai 168 murid dan 20 guru tidak dapat ke sekolah akibat banjir sejak Isnin,” katanya dalam satu kenyataan.
Keadaan banjir di Kelantan bertambah baik hari ini, namun empat sungai di negeri itu masih berada di tahap amaran setakat jam 10 pagi tadi.
Ia membabitkan Sungai Golok di Rantau Panjang (8.09 meter), Sungai Tualang (31.97 meter), Langkah Krai (23.11 meter) dan Jambatan Guillemard (14.41 meter).
The post Banjir: Lima sekolah di Kelantan dibuka semula hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan