Kaji CCTV siasat kes kereta pegawai kastam dibakar

PUTRAJAYA, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan rumah pegawai kanan kastam yang empat kereta miliknya dan keluarga terbakar di Presint 11 di sini kelmarin bagi mencari petunjuk, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

“Kita mahu lihat apakah jenis kenderaan yang dipandu (suspek) maka oleh itu kita akan semak semua CCTV yang ada di sekeliling (kawasan kejadian) untuk mendapatkan maklumat lanjut terutamanya mengenai suspek,”katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian ​​di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, empat kenderaan milik keluarga Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Nur Azman Mat Jini terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya dipercayai perbuatan khianat.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan bahagian hadapan rumahnya hampir musnah akibat rebakan daripada kenderaan yang terbakar.

Mazlan berkata, setakat ini seramai tiga orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil membantu pihak polis.

“Saya juga meminta supaya tidak ada mana-mana-pihak yang cuba menular apa-apa cerita yang tidak benar berkenaan kes ini,” katanya.

Ditanya adakah perbuatan khianat tersebut ada kena mengena dengan tugas yang dilaksanakan pegawai tersebut, Mazlan berkata pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Siasatan akan dibuat secara sepenuhnya serta terperinci untuk memastikan kes ini dapat diselesaikan,”katanya.

Kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. – Bernama

The post Kaji CCTV siasat kes kereta pegawai kastam dibakar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian