KB Isma Selangor cemas sebelum menang

KEPONG 20 Januari – KB Isma Selangor dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 2-1 ke atas Desa FC dalam aksi ketujuh SSPL 2017-18 hasil jaringan kapten pasukan, Syaiful Amirul Syafiq bin Sangsuri (gambar) pada minit ke 17 dan 35 separuh masa pertama.

Juara Piala Presiden Isma 2016 itu bergelut pada awal perlawanan menentang pasukan Desa FC yang menggunakan kelebihan fizikal yang mereka miliki untuk mengekang segalan asakan KB Isma Selangor yang di ketuai oleh Rafsham yang bertindak sebagai pemain No 6.

KB Isma Selangor gagal memanfaatkan deretan peluang terbaik mereka akibat ketumpulan jentera serangan yang terpaksa meletakkan pertahanan tengah sebagai penyerang tunggal dalam perlawanan tersebut.

“Kami bermain dan bekerjasama dengan baik dan berjaya membawa pulang kemenangan. Hari ini (semalam) mencari kemenangan dalam apa jua keadaan dan berjaya melakukannya. Kami memberikan segala-galanya dan membuktikan KB Isma Selangor tidak pernah putus asa,” kata pemain tengah, Zuladib yang mengalami kecederaan di hujung perlawanan.

KB Isma Selangor yang berdepan dengan masalah kekurangan penyerang dalam tiga perlawanan terdahulu memanjat ke tangga kedua setelah pasukan Muatiara Gombak tidak beraksi semalam.

“Perlawanan seterusnya pada hari Ahad depan, saya harap pemain utama akan bersedia dan kami dapat menggunakan mereka menentang pasukan Atletico Madrid,” kata pengurus KB Isma Selangor, Mohd Hazwan Ab Halim.

KB Isma Selangor menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka sejak pintu perpindahan pemain dan terima kasih kepada semua pemain yang menjalankan peranan dengan baik mengikut percaturan jurulatih pasukan.

Terima kasih tidak terhingga kepada agensi hartanah, Alam Harta Realty (Ikuti Instagram @alamhartarealty dan FB: http://ift.tt/2n2Sypq) yang menaja perlawanan KB Isma Selangor buat kali kedua dan tidak putus-putus menyokong pembangunan bola sepak di Selangor.

Ikuti kami di Instagram @kbismaselangor_shah_alam dan Facebook: http://ift.tt/2Dz2B0x

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian