ismakualaterengganu

Pelajar dakwa kena culik hanya reka cerita

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, yang mendakwa diculik seku...

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, yang mendakwa diculik sekumpulan tiga lelaki semalam, hanya mereka cerita.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, berdasarkan soal siasat, pelajar itu akhirnya mengaku telah mereka cerita kononnya dia diculik.

“Dia merasa tertekan apabila disuruh menumpukan kepada pelajaran dan kurangkan bermain, dengan itu dia cuba mereka cerita kononnya ada cubaan menculik oleh sekumpulan tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Semalam, pelajar berkenaan mendakwa diculik pada jam 12 tengahari, ketika dia sedang menunggu bas di Taman Pandan Indah, sebelum didatangi dua suspek yang menaiki sebuah van.

Kedua lelaki itu kemudiannya dikatakan telah menarik tangan pelajar terbabit dan membawanya masuk ke dalam sebuah van.

Kira-kira 10 minit kemudian, pelajar itu mendakwa dia berjaya melarikan diri setelah menggigit tangan lelaki India yang duduk di sebelahnya, sebelum menaiki bas Rapid pergi ke sekolahnya.

Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa.

The post Pelajar dakwa kena culik hanya reka cerita appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6237337496839504379

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item