Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia

SUNGAI PETANI, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri, petang Jumaat.

Ismail, 71, mencipta nama Proton Saga ketika pelancaran edisi pertama kereta nasional itu yang disempurnakan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1 September 1985. Beliau terpilih daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Proton.

Beliau meninggalkan isteri, Sariah Abdul Rahman, 69, dan 3 anak, Mohd Sariffuddin, 46, Siti Sarismahan, 42, dan Siti Sarismahanim, 37.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Sariffuddin berkata kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir tahun lalu dan sering keluar masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang semalam, selepas Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga,” katanya.

Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan staf sarjan dengan jawatan terakhir disandang, ketua kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak. – Bernama

The post Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian