Penjara Malaysia sahkan pembebasan awal Anwar Ibrahim
BANGI, 20 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan dua hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pengiraan tempoh hukuman dan tarikh pembebasan dibuat mengikut Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
“Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.
“Justeru Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Beliau berkata, Anwar sepatutnya dibebaskan pada 10 Jun 2018, namun berikutan tarikh tersebut jatuh pada Ahad, dan 9 Jun adalah Sabtu, maka pemimpin pembangkang itu boleh dibebas lebih awal iaitu 8 Jun 2018.
Malah Zulkifli berkata, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda.
Menurutnya lagi, tarikh tersebut juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan.
The post Penjara Malaysia sahkan pembebasan awal Anwar Ibrahim appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan