Sydney dilanda cuaca paling panas

SYDNEY, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sydney kini dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 79 tahun, sejak suhu tertinggi 47.8 celcius melanda negara itu pada tahun 1939.

Suhu hari ini mencecah 47.3 darjah celsius di barat Sydney, manakala seluruh bandar pelabuhan, suhu mencapai 41 hingga 45 darjah celsius, sekaligus menjadikannya kawasan paling panas.

Bagaimanapun Pegawai Meteorologi Australia, Jordan Notara berkata, untuk esok diramalkan perubahan berlaku perubahan cuaca.


“Diramalkan terdapat sedikit penurunan suhu iaitu sekitar 30 darjah Celsius esok,” katanya.

Setakat ini, selain Sydney, negeri lain di tenggara juga mengalami cuaca panas teruk, dengan beberapa kawasan di Victoria mengalami panas yang melampau.

Lalu lintas antara Sydney dan Melbourne terpaksa ditangguhkah selama beberapa jam. – Agensi

The post Sydney dilanda cuaca paling panas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?