Aliran trafik di Plaza Tol Gombak ke arah timur mulai perlahan

trafik2

KUALA LUMPUR, Jumaat – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur dilapor mulai bergerak perlahan setakat tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kebanyakan aliran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.

“Namun aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari arah Permatang Pauh menuju ke Perai setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) turut dilapor bergerak lancar.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd, keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan adalah terkawal.

Bagaimanapun, katanya, kenderaan bergerak perlahan selepas Terowong Menora menuju ke arah Hentian Sungai Perak berikutan berlakunya kebakaran belukar di KM256.7 yang menyebabkan pandangan pemandu menjadi kabur.

“Aliran trafik juga perlahan di Sedenak menghala ke Simpang Renggam berikutan berlakunya kemalangan kereta di KM54.1 dan kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama

The post Aliran trafik di Plaza Tol Gombak ke arah timur mulai perlahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian